MERU, 6 SEPTEMBER 2016 – Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia amat menitikberatkan pembangunan modal insan dan sahsiah di kalangan anak muda. Peranan dan keperluan golongan muda di negeri ini sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan negeri terutamanya buah fikiran dan pemikiran golongan tersebut. Sehubungan itu, bagi memeriahkan dan menghiasi Pangkor International Dialogue, melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak (BS2M) dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS Perak) telah menganjurkan Persidangan Kedua Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya (MP2MPA) di Casuarina Meru pada 5 September lepas. Majlis perundingan ini memberikan platform dan saluran buat golongan muda menyampaikan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan negeri meliputi berbagai aspek seperti pembangunan infrasturktur, ekonomi, sukan, kebudayaan dan banyak lagi.

14
Menurut Pengarah JBS Perak, Tuan Abdul Rahim bin Tuan Bahru, majlis perundingan ini merupakan salah satu usaha NBOS JBS Perak bersama kerajaan negeri terutamanya BS2M demi meraikan dan menggalakkan pembangunan belia di negeri ini. “Semoga usaha ini akan menjadi anjakan paradigm kepada pembangunan belia di negeri ini seterusnya menjadi tauladan kepada semua pihak,” ujar beliau. Majlis turut diserikan dengan kehadiran, Pengerusi BS2M merangkap ADUN Rungkup, YB. Dato’ Shahrul Zaman Yahya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *