Pengenalan

Penubuhan Dewan Belia Perak Darul Ridzuan adalah sebagai platform perbahasan kepada belia untuk menyuarakan pandangan, berbincang dan menjana idea-idea baru dan cadangan berkaitan pembangunan belia untuk dibawa kepada Kerajaan Negeri sebagai input dalam proses pembuatan polisi.

Selain itu, penubuhan Dewan Belia juga bertujuan untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan belia Negeri Perak sebagai pelapis kepimpinan pada masa hadapan dan mempertingkatkan keberkesanan membuat keputusan berkaitan permasalahan belia.

Pewakilan Dewan Belia terdiri daripada belia-belia yang berumur di antara 15 – 30 tahun yang mewakili:

1. Semua kaum di Perak
2. 70% Lelaki / 30% Wanita
3. Semua Daerah
4. 8 Kumpulan Sasaran Belia

Kumpulan sasaran belia yang menganggotai Dewan Belia Perak iaitu:

    • Belia Bersekolah
    • Belia Pengajian Tinggi
    • Belia Berkerjaya
    • Perkumpulan Belia
    • Belia Massa
    • Belia Malaysia Antarabangsa
    • Belia Minoriti & Golongan Terpinggir
    • Belia Berisiko