Pengenalan

Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya

KRA ke 5 Gagasan Perak Amanjaya Angkatan Generasi Muda Yang Partisipatif & Keharmonian Masyarakat

Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan satu penubuhan Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya (MP2MPA) pada Julai 2015. Penubuhan MP2MPA merupakan salah satu daripada 6 inisiatif di bawah KRA kelima Gagasan Perak Amanjaya iaitu “angkatan generasi muda yang partisipatif dan keharmonian masyarakat”. Inisiatif-inisiatif lain di bawah KRA kelima ini ialah program pemerkasaan belia, penubuhan kelompok kreatif, seni dan perfileman (art colony), penjenamaan semula rukun tetangga, penubuhan majlis masyarakat sivil (mms) dan jaringan keselamatan komuniti.

Tujuan utama penubuhan MP2MPA ini adalah untuk melahirkan dan mengasah bakat – bakat baru kepimpinan negeri sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan disamping mempertingkatkan keberkesanan saluran bagi belia menyalurkan input kepada proses membuat keputusan berkaitan pembangunan belia di Perak.

MP2MPA merupakan platform kepada kumpulan pemikir (Think Tank) belia yang terdiri daripada Wakil Majlis Belia Negeri dan Daerah (MBN/MBD), Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Perak, wakil belia daripada 8 kumpulan sasaran belia di bawah Dasar Belia Malaysia, Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) dan pemimpin-pemimpin muda yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Negeri Perak.

Hasil perbincangan dan input daripada MP2MPA akan dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri Belia Perak untuk diperbahaskan oleh Ahli DUN Belia Perak seterusnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan peluang pelaksanaanya. Rasional penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang dan pertubuhan belia adalah supaya input-input daripada MP2MPA ini juga dapat disuarakan melalui saluran masing-masing.

6 Inisiatif di bawah KRA 5

Angkatan Generasi Muda Yang Partisipatif & Keharmonian Masyarakat

  • Pemerkasaan Belia.
  • Kelompok Kreatif, Seni Dan Perfileman (Art Colony).
  • Penjenamaan Semula Rukun Tetangga.
  • Majlis Masyarakat Sivil (MMS).
  • Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya.
  • Jaringan Keselamatan Komuniti.

*Sumber : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

OBJEKTIF Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya
  • MELAHIRKAN DAN MENGASAH BAKAT – BAKAT BARU KEPIMPINAN NEGERI SEBAGAI PELAPIS KEPIMPINAN MASA HADAPAN
  • MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN SALURAN BAGI BELIA MENYALURKAN INPUT KEPADA PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN BERKAITAN PERMASALAHAN BELIA