Dr. Mazalan Kamis

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ridzuan

Dr. Mazalan Kamis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Institut Darul Ridzuan (IDR), sebuah badan pemikir bagi Kerajaan Negeri Perak. IDR merupakan sebuah badan pemikir yang memberikan idea dan cadangan dasar yang inovatif untuk merangka strategi bagi agenda sosio-ekonomi kepada pelbagai pihak di Negeri Perak. Sebelum berkhidmat di IDR, Dr. Mazalan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), sebuah entiti yang diamanahkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggalakkan dan memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.