Tuan Abdul Rahim Bin Tuan Bahru

BIODATA

TUAN ABDUL RAHIM BIN TUAN BAHRU dilahirkan pada tanggal 24 Januari 1959 di Chendering, Kuala Terengganu. Beliau telah dilantik menjadi Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak pada tahun 2015.

Beliau telahpun berkahwin dengan Puan Suzana binti Arifin yang mana juga adalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pejabat di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kelantan, Kota Darul Naim, Kota Bharu Kelantan. Kediaman keluarga beliau yang menetap di Kelantan beralamat di Taman Sri Bongor, Kampung Cherang, Kota Bharu Kelantan.

PENDIDIKAN

Tuan Abdul Rahim memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1985.

PENGALAMAN PROFESIONAL DAN BIDANG KEPAKARAN

Tuan Abdul Rahim ialah golongan pentadbir yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan banyak berkhidmat di Jabatan-jabatan Kerajaan. Beliau merupakan pentadbir yang berpengalaman dalam bidang belia dan sukan. Hal ini dapat dilihat daripada pengalaman beliau sebelum ini yang banyak memegang jawatan di Jabatan berkaitan belia dan sukan.

Antaranya, pada tahun 1986 hingga tahun 1987, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Cawangan Pergerakan Belia.  Pada tahun 1987 hingga tahun 1988, beliau menyambung perkhidmatan sebagai Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Belia dan seterusnya tahun 1989 sebagai Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Belia.

Pengalaman lain termasuk sebagai Penolong Pesuruhjaya Sukan pada tahun 1998 hingga 2002. Beliau mula memegang jawatan sebagai P7engarah pada tahun 2002 di IKBN, Wakaf Tapai Kelantan sehingga tahun 2004. Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai Pengarah Jabatan pada tahun 2004 hingga 2007. Beliau menyambung perkhidmatan sebagai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan di Negeri Terengganu pada tahun 2007 hingga 2008 dan kemudiannya bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada 2008 hingga 2013. Sebelum berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Sukan sehingga tahun 2015.

AKTIVITI

Tuan Abdul Rahim bergiat aktif dalam persatuan dan memegang pelbagai jawatan. Antaranya adalah Ahli Jawatankuasa bagi Lembaga Pengurus  Majlis Sukan Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa bagi Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak. Beliau juga menjadi Pengerusi dalam Jawatankuasa Rekreasi MAKSAK Negeri Perak.

Selain itu, Tuan Abdul Rahim juga dilantik sebagai Penasihat bagi Kelab Kebajikan dan Sukan JBS Negeri Perak dan Penasihat bagi Amalan Pesekitaran 5S. Beliau juga menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Pencegahan Dadah Negeri Perak (Biro Belia), Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Keselamatan Negeri Perak dan juga sebagai Ahli Jawatankuasa bagi Ex-Officio PAFA Perak.