YB Maslin Sham Bin Haji Razman

BIODATA

MASLIN SHAM BIN HAJI RAZMAN dilahirkan pada tanggal 31 Mei 1969 di Kuala Kangsar, Perak dan berasal dari Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar. Beliau sekarang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Chandan sejak dari tahun 2014 dan juga memegang jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar sejak dari tahun 2013.

Beliau juga memegang jawatan Pengarah Urusan dari tahun 1995 sehingga kini. Telahpun berumahtangga dengan Puan Faridah binti Kamaruddin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PENDIDIKAN

Maslin Sham mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lekir, Batu 10, seterusnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taiping. Beliau berpindah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist Air Tawar dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Ambrose. Dan seterusnya menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ACS, Sitiawan Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajian tinggi di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pengkhususan Diploma Bidang Pengajian Perniagaan.

PENGALAMAN DAN KERJAYA

Sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan, beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa dalam Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2013. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perpustakaan Awam Negeri Perak pada tahun 2013 dan dilantik sebagai Pengerusi YBU Perumahan (YBU E&C) pada tahun yang sama. Beliau pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

AKTIVITI

Maslin Sham aktif berpersatuan dari awal pembabitan beliau dalam bidang politik dan memegang pelbagai jawatan. Bermula dengan menjadi Ahli Biasa pada tahun 1990 hingga tahun 1995 dan seterusnya Ahli Pemuda Cawangan dalam parti UMNO pada tahun 1995 hingga 1998. Kemudiannya, telah dicalonkan dan dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar pada tahun 1998 hingga 2013. Pada tahun 2001 hingga tahun 2004, beliau dilantik menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar pada tahun 2004 hingga 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar (Pengerusi Pemuda BN Kuala Kangsar) pada tahun 2008 hingga 2013. Beliau meneruskan perjuangan dalam bidang politik sebagai Ketua Pemuda Bahagian (Pengerusi Pemuda BN Negeri) pada tahun 2009 hingga tahun 2011 dan menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya sehingga tahun 2013. Dan sehingga kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar